“Fokus MBSA bukan untuk roboh gerai” – MBSA

13 Ogos 2020
KENYATAAN AKHBAR HEBAHAN SUSULAN OPERASI PEROBOHAN BINAAN STRUKTUR TANPA KEBENARAN DI KAWASAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH PADA 12 OGOS 2020
Satu operasi perobohan binaan struktur tanpa kebenaran telah dijalankan di Bandar Baru Sungai Buloh pada 12 Ogos 2020 (Rabu). Operasi bersepadu yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Jabatan ‘migrasen, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan untuk menangani isu-isu berbangkit di Bandar Baru Sungai Buloh.
Ingin dijelaskan di sini bahawa fokus MBSA dalam operasi ini bukanlah merobohkan gerai-gerai yang dibina tanpa kebenaran sebaliknya operasi ini adalah untuk merobohkan struktur tambahan binaan yang telah dibina tanpa kebenaran MBSA.

Semasa operasi ini dijalankan, sebanyak 1 unit gerai, 3 unit kabin, 5 unit ‘awning’ depan, 16 unit ‘awning’ lorong belakang telah dirobohkan.


Selain itu, pihak MBSA juga mendapati sebanyak 16 gerai di kawasan itu telah dibuka oleh pemiliknya sendiri selepas mendapat notis arahan daripada MBSA. Dalam operasi ini, pihak MBSA juga telah mengambil tindakan dengan meroboh struktur binaan tambahan pindaan di dalam premis yang disyaki premis perjudian haram seda menyita barangan yang berada dalam premis tersebut.  Sebanyak 7 premis perjudian telah disita di lokasi tersebut.

Dalam operasi tersebut, MBSA telah menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 46 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menghilangkan atau menghapuskan halangan di tempat awam. PBT juga boleh menghapuskan halangan di tempat awam dengan tanpa memberi notis.
Seksyen 48 akta yang sama mendefinisikan tempat awam dengan maksud yang luas: “tempat awam” ertinya sesuatu jalan, laman, taman bunga, promened, air pancutan, pulau lalu-fintas atau bulatan, taman permainan, tebing sungai, samada di atas atau di bawah tikas air tinggi, tempat tumpuan awam atau mana-mana tempat di mana atau ke mana orang ramal boleh lau atau masuk.
Pihak MBSA juga sentiasa memberi peluang kepada orang ramai khususnya para peniaga kecil untuk menyara kehidupan melatui penyediaan ruang-ruang pemiagaan yang disediakan oleh MBSA melalui penyediaan kiosk, gerai, pasar matam dan sebagainya. Mengikut rekod sejumiah 1,173 jumlah penyewa gerai, pasar, kiosk dan medan selera. Untuk makluman, sebanyak 318 permit penjaja sementara telah diketuarkan oleh pihak MBSA untuk menampung permintaan peniaga kecil termasuk pengusaha Food Truck di kawasan MBSA.
Demi menjaga kepentingan dan kelangsungan peniaga kecil ini, MBSA juga mengecuatikan kutipan fi lesen untuk tempoh 2 bulan (April hingga Mei 2020) dengan syarat tiada tunggakan sewa sehingga Februari 2020. Dasar tersebut memberikan implikasi kepada kewangan MBSA sebanyak RM1,081,438.00.

Melalui fakta dan maklumat ini menunjukkan pihak MBSA tidak pernah meminggirkan peniaga kecil sebaliknya sentiasa membantu untuk meningkatkan sara hidup mereka.
Selain itu, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin yang diselaraskan oleh kerajaan negeri, insentif bernilai RM500 secara ‘one-off diberikan kepada peniaga yang telah dikenal pasti dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Bantuan diberikan kepada peniaga yang berdaftar dengan MBSA yang terjejas akibat PKP.
Sehubungan itu pihak MBSA memohon jasa baik pihak TuanPuan untuk menyiarkan kenyataan ini untuk makluman orang ramai. Kerjasama TuanPuan untuk menyiarkan kenyataan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Dikeluarkan oleh: Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam Tingkat G, Wisma MBSA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.