Sah! Tun tulis surat minta LTTE dikeluarkan dari senarai pengganas.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan telah menulis surat kepada menteri dalam negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika pemerintahan kerajaan PH yang lalu, meminta supaya Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dikeluarkan dari senarai pertubuhan pengganas.

Walaubagaimanapun, beliau berkata itu tidak bermakna beliau menyokong LTTE

“Kita tak perlu cari masalah, benda tak jadi masalah kenapa nak cari masalah, masalah itu berlaku kerana Sri Lanka, bukan kita. Tak payah la kita nak ambil tindakan macam itu, melainkan kalau dia (LTTE) ada buat benda tak baik di Malaysia. Mungkin dia ada kutip duit, tapi zaman dulu dia kutip duit juga,”

Mengenai Hamas yang dipetik beliau dalam surat itu, Mahathir menafikan berkata kumpulan itu adalah pengganas.

“Saya tidak kata Hamas adalah kumpulan pengganas. Tetapi Hamas diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat dan seluruh dunia katakan ia adalah pertubuhan pengganas. 

Sekiranya ia adalah pengganas, kenapa saya bertemu dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh? Beliau datang jumpa saya. Beliau adalah rakan, bagaimana saya nak panggil beliau pengganas?”

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir berkata bahwa  tidak ada sebab untuk teruskan melabel LTTE sebagai pengganas sedangkan Sri Lanka sendiri tidak anggap mereka sebagai pengganas.
“Tindakan yang kita ambil menangkap mereka bukan kerana mereka ancam keselamatan kita. Tindakan kita pula begitu keras sehingga tidak boleh dijamin”
Beliau kemudian didakwa berkata Hamas walaupun dianggap sebagai pengganas, tetapi mereka dibenarkan masuk ke Malaysia.
“Saya fikir eloklah jika dikeluarkan Tamil Tigers (LTTE) dari senarai pengganas. Dengan itu perbicaraan mahkamah boleh dilakukan tanpa menyekat jaminan semasa perbicaraan. “

Pada Oktober 2019, 12 lelaki termasuk dua adun DAP ditahan dibawah SOSMA diatas dakwaan mempunyai hubungan dengan LTTE. Di bawah akta tersebut, mereka yang didakwa tidak dibenarkan dijamin.

Pada Februari, peguam negara ketika itu, Tommy Thomas menggugurkan dakwaan terhadap ke semua mereka.

Pada 29 ogos lepas, Buletin TTKM   melaporkan dakwaan penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoffyang berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menulis sepucuk surat rasmi pada 12 Februari 2020 kepada Menteri Dalam Negeri  ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya LTTE dikeluarkan dari senarai pengganas.

Ditanya Buletin TTKM sama ada beliau mempunyai bukti terhadap dakwaan itu , Dr Kamarul mengakui kewujudan surat tersebut.

“Ada la.  Kalau tidak ada takkanlah saya berani komen. Nak kena saman?”

Surat yang bertarikh 12 Feb 2020 itu, tular di media sosial  pada malam sebelum pembuangan undi PRK Slim.

Parti Pejuang di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir yang menggunakan calon bebas kalah teruk dalam pilihranraya kecil itu dengan hanya mendapat 2,115 undi berbanding calon BN yang mendapat 13,060 undi.

– Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.