July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Pengasas Sugarbook dicekup polis

Pengasas aplikasi Sugarbook ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek tersebut yang berusia 34 tahun itu ditangkap pada jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas bagi aplikasi Sugarbook.

“Proses permohonan reman terhadap suspek yang beralamat di Pulau Pinang akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam pagi ini,”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran,” jelasnya.

Terdahulu amedia melaporkan Malaysia diletakkan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Tidak cukup dengan itu, aplikasi tersebut mendakwa ribuan pelajar dari institusi awam dan swasta tempatan mendaftarkan diri mereka di aplikasi tersebut sebagai ‘sugar baby’ yang menerima kecaman dari segenap lapisan masyarakat kerana dikatakan boleh mengundang kepada aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral. – Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: