Dakwa dif1tnah ketua Penerangan PKR Terengganu: Aktivis PKR lapor polis


Kuala Lumpur, 5 April : Seorang aktivis PKR membuat laporan polis terhadap ketua penerangan PKR Terengganu, Syed Mohd Al-Amin berhubung kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook PKR Terengganu yang didakwa memf1tnah aktivis PKR tersebut.

Menurut laporan polis bertarikh 30 Mac 2021 yang dilihat Buletin TTKM, aktivis PKR itu berkata ketua penerangan PKR Terengganu menyatakan beliau telah ditangkap oleh pihak PDRM di bawah akta hasutan.

“Saya tidak pernah ditahan oleh pihak polis disebabkan yang berkenaan. Hal ini berpunca kerana pada 16 Mac 2021 saya telah membuat laporan berkenaan kes cabul” – Aktivis PKR

Pada 23 Mac 2021, portal Malaysianow melaporkan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah dari utara tanah air dinamakan dalam satu laporan serangan seksu@l oleh aktivis PKR yang menuduh ahli politik itu mer@ba tubuhnya.

Dalam laporan polis dilakukan di sebuah balai polis Subang Jaya minggu lalu yang dilihat MalaysiaNow, menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Pada perkembangan yang sama, AMK Timbalan Ketua AMK Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali kesal dengan kenyataan Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu (MPNT) yang tidak membela atau memberikan sokongan moral kepada aktivis PKR tersebut.

“Kami amat kesal dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu (MPNT) yang tidak membela atau memberikan sokongan moral kepada saudari ********* sedangkan beliau merupakan salah seorang daripada pimpinan sayap parti di peringkat negeri Terengganu. Malah MPNT telah cuba membina persepsi buruk terhadap saudari ******** dengan menyatakan bahawa beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan walaupun perkara tersebut adalah tidak benar” – Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

Terdahulu, aktivis PKR itu telah memberikan masa tiga hari untuk ketua penerangan PKR Terengganu tersebut untuk memohon maaf berhubung kenyataan itu.

“Tempoh masa 3 hari sudah berlalu jadi saya sudah memulakan tindakan undang-undang atas fitnah secara jelas yang sengaja ingin menjejaskan imej dan reputasi saya.” – Aktivis PKR

Menurutnya lagi, laporan polis berkenaan hal ini disiasat di bawah Seksyen 499/500 Kanun Keseksaan dan Akta Fitnah 1957 di bawah jenayah sivil. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.