Laman FB KKM tutup ruang komen

Kuala Lumpur, 25 April: Pentadbir laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia menutup ruang komen pada beberapa hantaran, manakala pada hantaran yang lain komen netizen dihadkan pada golongan tertentu.

Tangkap layar laman FB KKM menunjukkan komen dihadkan pada hantaran tertentu.

Tindakan tersebut diambil dipercayai setelah laman facebook itu diserang tanpa henti di ruang komen oleh warga net sejak pentadbir twitter KKM menciap “Apa masalah saudara?” pada ciapan berhubung hari Bumi pada 22 April lalu.

Warga net turut mengambil peluang untuk melepaskan rasa tidak puas hati di laman FB KKM itu setelah angka kes Covid semakin meningkat disamping operasi pemvaksinan yang dikritik mereka agak perlahan serta kemungkinan ura-ura rentas negeri tidak dibenarkan ketika hari raya aidilfitri kelak.

Selain itu, terdapat juga komen menyindir pentarbir terbabit yang mendakwa mereka ‘koyak’.

Manakala komen lain berkisar kepada kepercayaan warganet terhadap KKM yang semakin terhakis dan kebosanan dengan pandemik covid-19 yang tidak berkesudahan dengan layanan pihak berkuasa yang didakwa mereka tidak adil mengikut darjat yang disebut “kluster kayangan/vip”

Berikut merupakan beberapa komen warganet di laman facebook itu yang ditangkap layar pada 25 April:

Hantaran berikut ditutup bahagian komen sepenuhnya:

Manakala hantaran berikut dihadkan komen pada golongan tertentu:

Facebook sejak akhir mac lalu memperkenalkan pilihan ‘limited comment’ bagi memberi kebebasan kepada pentadbir laman untuk menghadkan komen dari pengguna facebook. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.