FB Jabatan Penerangan padam kartun selepas dikec@m warganet

Kuala Lumpur, 12 Oktober L Laman facebook Jabatan Penerangan Malaysia memadam satu hantaran karikatur setelah mendapat kec@man dari warga net di ruang komen.

Karikatur tersebut didakwa tidak sensitif kerana memu.kul rata kononnya rakyat tidak puas hati dengan perintah kawalan pergerakan kerana menghadapi kesuk@ran mencari rezeki, tetapi boleh pula melancong ke Langkawi.

Karikatur tersebut memaparkan dua panel di mana pada panel pertama, pasangan suami isteri mem@rahi kerajaan kerana melaksanakan ‘kurungan’.

“Berapa lama kerajaan nak kurung rakyat ni la.. kita nak cari makan pun susah” kata si suami. Manakala isterinya menjawab “Duit simpanan kita pun dah nak habis”.

Pada panel kedua, pasangan tersebut dilihat tiba di lapangan terbang di Langkawi dengan memakai pakaian melancong.

“Langkawi, kami sampai” kata si suami manakala isterinya menjawab “Bestnya.. dah lama tak shopping kat sini kan bang..”

Sementara itu, laman facebook TTKM menaikkan kembali karikatur tersebut dengan kapsyen

“Eh kenapa delete Jabatan Penerangan Malaysia🤭. Kena kecam ke?”

Tinjauan Buletin TTKM di ruang komen mendapati rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan hantaran yang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia itu, manakala ada juga beberapa yang bersetuju.

“Orang susah dengan orang senang tu individu yang berbeza. Tak adanya orang ketika susah, sibuk nak melancong. Macam iphone la. Marhain yang pakai phone rm500 je tak hairan pun iphone berapa yang keluar. Jangan semua pukul rata” komen seorang pengguna facebook, Aiman Ariffin.

“JPN pun dah ikut gaya Harakah..error 404 jugak..hihi..” komen Mat Lufti.

Seorang pengguna lain, Arafas A Razak berkata gaji jabatan penerangan dibayar dengan duit rakyat, tetapi pada akhirnya mereka pula yang mengh1na rakyat.

Manakala Amirul Hayat berkata JPM sepatutnya melakukan fungsinya sebagai jabatan kerajaan dan bukannya berperangai seperti kebudak-budakan.

“Majoriti yg merungut kena kurung tu b40, majoriti yang serbu Langkawi tu T20, jabatan penerangan Malaysia ni staff dia lepasan tadika ke macam mana?” soal pengguna lain, Umie Nadirah.

“Ko sembang macam kera laa ingat semua orang fikir nak pi cuti jaa ka?Aku ni tak keje,mengurut je ke rumah rumah,masa covid tak boleh nak ke rumah orang. Orang pun takut nak ambil sebab covid,dari boleh bantu suami sampai bergadai nak teruskan hidup. Sekarang ni rentas negeri boleh pun tak fikir nak pergi berjalan,fikir nak cari duit sahaja dulu anak-anak nak sekolah tahun depan kot kerajaan ni buat hal lagi nanti” komen Rozi Kamarulzaman.

“Laaa kenapa padam?Padu kot dia bagi ramai yang panas ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£” Komen Joe Razi.

Jabatan Penerangan Malaysia terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dilihat sebagai organ propaganda kerajaan.

Menurut laman webnya, misi jabatan ini adalah untuk “Membina Masyarakat Terhubung dan Berinformasi.”- Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.