Kuala Lumpur, 28 Okt: Barisan Nasional dik0mpaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP covid-19 pilihanraya negeri apabila mengadakan majlis perasmian perlancaran jentera parti itu malam semalam.
Menurut kompaun tersebut yang dinaikkan di laman facebook KKM, kesal@han yang dilakukan adalah pelanggaran SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial yang merujuk kepada peraturan 16 (1) PPPAPB iaitu g@gal memastikan penjarakan fizikal.
Kompaun itu ditujukan kepada setiausaha eksekutif Barisan Nasional dan dikeluarkan oleh pejabat Kesihatan Kepong
Kesalahan itu dilakukan pada jam 8.34 malam tadi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Untuk rekod, Kementerian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan mel@rang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021 bagi mengek@ng penularan Covid-19.

Majlis perlancaran jentera PN itu dirasmikan oleh Pengerusi BN, Dato Ahmad Zahid Hamidi yang turut disertai Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Lembaga Penasihat, Datuk Seri Najib Razak; Naib Pengerusi, Tan Sri S.A Vigneswaran, Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Bendahari, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -Buletin TTKM-