Oleh : Teo Nie Ching
MOHON MAAF ATAS KESILAPAN BAHASA
Berikutan larangan ketat berkempen, hampir semua kempen untuk PRN Melaka terpaksa dilaksanakan melalui media sosial.
Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan, khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.
Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kes1lapan bahasa yang mem@lukan melalui media sosial.
Saya cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang boleh didapati di dalam facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.

Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekh1lafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.
Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka.
Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.