(Video) Isu Bankrap peminjam PTPTN – TTKM siarkan transkrip Teo Nie Ching

Kuala Lumpur, 24 Julai : Isu peminjam PTPTN menjadi hangat semalam apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran akan diisytihar bankrap sebelum mereka meninggalkan negara. 

Ada sesetengah pihak mendakwa laporan tersebut adalah fitnah. Oleh itu, kami  menyiarkan transkrip penuh perbahasan YB Teo Nie Ching tersebut untuk pembaca melakukan penilaian sendiri:

“Saya rasa untuk keluarkan peminjam PTPTN dari pada senarai hitam jabatan imigresen Malaysia adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan. Dan kenapa kita masuk janji ini dalam manifesto kita adalah kerana freedom of movement adalah satu hak asasi manusia.

Pertama. Dan kedua kalau kita lihat bahawa seseorang yang ada hutang dengan bank, nama dia tak akan terus masuk ke dalam senarai hitam jabatan imigresen apabila mereka henti buat bayaran ataupun bayaran mereka tak konsisten.

Nama mereka hanya akan disenarai hitam apabila mereka menjadi seorang banklap (bankrap). Jadi dari segi itu, kita rasa kita perlulah konsisten. Bukan kerana kita adalah kerajaan, jadi kita boleh buat sewenang-wenangnya.

Jadi kalau kita perlu bangklap (bankrap) seseorang peminjam, untuk masuk mereka dalam senarai hitam, kita akan buat pada masa yang akan datang. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Tetapi saya rasa ada sedikit inconsistent kalau untuk pinjaman dengan bank yang lain hanya akan dimasuk dalam senarai hitam apabila mereka menjadi seorang banklap (bankrap), tetapi untuk PTPTN, kita terus masuk nama mereka di dalam senarai hitam apabila mereka tak buat bayaran yang konsisten.

Jadi saya rasa itu kurang adil untuklah golongan peminjam-peminjam yang perlu duit ini untuklah err errr habiskan err err err pelajaran mereka. – Teo Nie Ching

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version