SST untuk prabayar: “Kekeliruan! Ada masalah teknikal!”- Lim Guan Eng

SEBERANG PERAI: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa terdapat sedikit kekeliruan membabitkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pembelian kad prabayar telekomunikasi.

Guan Eng berkata,  kekeliruan itu berpunca di pihak syarikat telekomunikasi yang menyebabkan pengguna kad tambah nilai terpaksa menanggung caj berkenaan apabila pembelian kredit tambah nilai kad prabayar mereka dipotong, lapor Astro Awani.

Berikutan itu, pihaknya akan mengeluarkan arahan supaya syarikat telekomunikasi membuat rebat pembayaran bagi memastikan pengguna prabayar menerima kredit sepenuhnya tanpa potongan.

“Ada sedikit kekeliruan, Saya rasa syarikat telco ini yang buat kita pening kepala , tetapi kita telah keluarkan arahan yang beli kad prabayar beli RM10 akan dapat RM10 dan 6 peratus (cukai) tidak akan dibayar oleh pembeli.
Sebaliknya kerana ada masalah teknikal apa yang berlaku kita akan minta mereka (telco) beri rebat,”                                                                                         

– Lim Guan Eng

Guan Eng berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan pengguna yang bengang apabila nilai tambah kad prabayar mereka dikenakan potongan sebanyak enam peratus.

Sebagai contoh, pengguna yang menambah nilai sebanyak RM10 hanya menerima kredit bernilai RM9.48

Caj sebanyak 6 peratus berkenaan turut dikenakan bagi jumlah tambah nilai lain.

Pagi tadi TTKM melaporkan prabayar dikenakan cukai SST adalah kerana telco menetapi arahan yang diberikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Baca berita tersebut di sini : https://ttkm.com.my/2018/09/02/pra-bayar-dikenakan-sst-adalah-disebabkan-regulasi-kastam-bukan-salah-telco/

Soalan : Adakah perkhidmatan pra-bayar (prepaid) tertakluk kepada cukai
perkhidmatan?

Jawapan : Perkhidmatan pra-bayar (prepaid) adalah tertakluk kepada cukai
perkhidmatan.

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Untuk rekod, jabatan kastam adalah merupakan salah satu jabatan di bawah kementerian kewangan yang diketuai oleh menteri tersebut, Lim Guan Eng atau kini lebih dikenali sebagai Nobita. – TTKM –

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.