Pensyarah UIA gelar pelajar demo sebagai lembu.

Gombak, 8 September: Seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Abdul Naser Tun Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Xifu Naser menggelar para pelajar yang berdemonstrasi sebagai lembu pada  satu hantaran yang dinaikkan di facebook beliau.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada sekumpulan pelajar yang duduk bantah di kementerian pendidikan menuntut Dr Maszlee meletak jawatan sebagai presiden UIAM.

TTKM difahamkan bahawa Dr Maszlee adalah rakan baik kepada Xifu Naser.

“JGN JADI LEMBOO PROTES DEMO
Kerajaan dah buka platform di universiti untuk debat politik seluas-luasnya tetapi sebilangan kecil pelajar pilih demo protest yang tak perlu guna otak pun. Duduk-duduk dan tunjuk poster sahaja. Buatlah debat falsafi di univerisiti dan gunalah speaker’s corner. We must minimize such emo protest and demo and cultivate a critical culture.
Nak cakap pasal autonomy tapi jahil masalah falsafah autonomy. Hanya ikut cakap politik murahan bahawa autonomi universiti maknanya bebas politik sedangkan makna “political” dan falsafah autonomy pun tak tau. Semua tak tau. Pegang sepanduk je tau.
NO LEMBOOSIZATION CULTURE IN IIUM” – 
Xifu Naser

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat PH kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.