Sedikit sejarah berkenaan Anwar Ibrahim bakal PM ke-8

Oleh : Ezam Mohd Muzamil

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Pada tahun 1971 beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama rakan-rakan daripada MCKK.
Pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan tahun1973 menjadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dari tahun 1975 hingga 1982 beliau merupakan wakil bagi Perhimpunan Dunia Belia Islam Asia Pasifik di bawah Sheikh Hassan Abdullah. Tahun 1979 beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

Popularnya Anwar ketika itu begitu tinggi sehingga Datuk Asri sanggup mengundurkan diri daripada jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Anwar meninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40,000 ahli ABIM ketika itu.

Selepas menyertai Umno 1982 beliau dinaikkan pangkat politik dengan cepat. Jawatan menteri pertamanya ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. Selepas itu beliau menerajui Kementerian Pertanian pada tahun 1984 sebelum dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1986.

Selepas dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Anwar telah “mengislamkan” dasar pendidikan kebangsaan. Beliau juga telah dipilih sebagai Presiden ke 25 Persidangan Agung UNESCO.

Pada 1991, Anwar telah dilantik sebagai Menteri Kewangan. Ramai yang meragui kemampuannya kerana beliau tiada asas kewangan. Walaupun begitu kadar pertumbuhan ekonomi negara naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.

Semasa menjadi Menteri Kewangan kesan beliau adalah serta-merta. Malaysia menikmati kemakmuran tidak pernah berlaku sebelumnya dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Tidak lama selepas menjadi Menteri Kewangan, Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan terbaik dunia dan pada tahun 1996 Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik.

Beliau juga dipilih sebagai Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 1 April 1998. Pada tahun 1998 juga majalah Newsweek menamakan Anwar “Asian of the Year”.

Pada tahun 1993, Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba yang telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan daripada itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKm- Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.