“Rameli dan orang PAS pun sahabat saya” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim, bakal PM ke 8. Gambar NSTP.

Dewan Rakyat 18 Mac: Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini mengesahkan bahawa pengerusi KTMB yang didakwa telah membayar editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown wang sebanyak RM1.4 juta bagi pihak presiden PAS Abdul Hadi Awang adalah sahabat beliau.

Menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang), Anwar berkata beliau tidak mempunyai masalah menjelaskan perkara sebenar.

“Rameli Musa memang sahabat saya. Dan (dia) kemudian memilih untuk menyokong PAS, terutamanya presiden PAS yang sekarang, Kalau diminta beri penjelasan saya bagi sebab saya tak mau gunakan peluang ini untuk bertegang leher dengan PAS. Saya tak nafikan siapa sahabat, orang PAS sekarang pun ramai sahabat saya, tak ada masalah,” – Anwar Ibrahim.

Hubungan Anwar dengan Rameli sebelum ini didedahkan oleh bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor

“Datuk Rameli Musa dikenalkan kepada saya oleh Datuk Seri Anwar sebagai kawan rapat beliau semenjak belajar satu batch di MCKK pada tahun 1960an. DSAI memberitahu saya bahawa Datuk Rameli Musa telah menyatakan kesediaan membantu keperluan keluarga dan perjuangan atas dasar persahabatan dan simpati beliau kepada nasib yang menimpa DSAI dan keluarga. Setelah DSAI dipenjarakan saya diminta oleh Datuk Rameli Musa menyalurkan segala keperluan keluarga kepada Datin Seri Wan Azizah.Adakalanya Datin Seri Wan Azizah sendiri berjumpa Datuk Rameli bagi tujuan yang sama. Dalam pengetahuan saya banyak sumbangan Datuk Rameli kepada keluarga dan perjuangan khususnya semasa DSAI dipenjara” – Ezam Md Noor.

Rameli telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan mengenai perkara itu pada awal bulan ini dan juga menyerahkan dokumen kepada pihak bekuasa.

Hadi menafikan sama ada dirinya atau PAS membuat sebarang bayaran kepada Claire.

Anwar sebelum ini berkata anak melayu, anak cina dan anak india merupakan semuanya anak beliau.- TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version