Rara, Adun DAP Ketari anjur kelas buat sardin, ditroll netizen.

Bentong, 2 April : YB Young Syefura, adun DAP ketari semalam menganjurkan kelas membuat sardin bertempat di Bangunan GPW Felda Mempaga 1, Bentong.

Walau bagaimanapun, kelas tersebut menjadi bahan jenaka netizen di twitter dan facebook.

Seorang pengguna twitter dengan nama “PetualangMelayu” memerli Rara dengan berharap acara tersebut akan memajukan Malaysia.

“Moga Malaysia terus maju dengan adanya program seperti ini 🙄 asal boleh!!”

Sementara itu, pengarah filem, Al Jafree Md Yusop  turut  mengambil kesempatan berjenaka di akaun facebooknya:

“Ok selama ni aku ingat Tuhan yang buat (cipta) ikan sardin. Sebab sardin seperti kembung, senangin dan jenahak adalah jenis ikan.
Untuk bersangka baik, mungkin sardin vegetarian kot. Kalau tak memang power lah YB ni. Kalah Thanos. Sah dia akan keluar dalam Avengers 5″ – Al Jafree Md Yusop

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10218953850663204&set=a.1721979735273

Walau bagaimanapun, Young Shefura Othman membidas pihak yang memperkecil program membuat sardin tersebut.

Katanya, acara semalam itu adalah diatas permintaan penduduk Felda melibatkan cara membuat sardin sendiri, dan bukannya masak sardin dalam tin.

“Ni bukan masak sardin dari tin. Tapi cara buat sardin sendiri. Request dari Makcik2 Felda. So lepas ni dorg tak payah dah nak beli sardin dlm tin. Boleh masak sendiri di rumah. Jimat. Lain kali tanya dulu ya.” – Young Syefura.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.