Skip to content

Anak bulu-bulu: ” Saya cuma ikut skrip” – Dr Streram.

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan yang kalah teruk pada PRK Rantau minggu lalu berkata bahawa beliau cuma mengikut skrip dalam video yang menjadi bahan troll netizen dimana beliau menyebut kucing peliharaanya sebagai anak bulu-bulu.

“Rakaman video itu bukan idea saya. Saya cuma ikut skrip yang diberikan kepada saya” – Dr Streram.

“Mereka beritahu orang kata saya serius. Jadi mereka mahu buat macam video santai untuk saya. Mahu orang lain tahu saya pun boleh santai.

“Jentera kempen PH yang sediakan skrip untuk saya. Saya tidak pasti sama ada video ini backfire kepada kempen saya,” – Dr Streram.

Sementara itu, Streram mendakwa, beliau dimaklumkan antara faktor beliau tewas dalam PRK DUN Rantau kerana wujud unsur rasuah ke atas pengundi.

Beliau seterusnya mendakwa kempen perkauman oleh Barisan Nasional (BN) turut menyumbang kepada kekalahannya selain faktor tidak ramai pengundi Cina keluar mengundi.

Walau bagaimanapun, Buletin TTKM mendapati kempen perkauman yang tular di media sosial adalah video ucapan yang dibuat oleh menteri sumber manusia, Kula Segaran yang meminta pengundi India supaya mengundi Dr Streram.

“Ini untuk Streram, dari kaum kita sendiri. Kita semua kaum yang sama. Darah yang sama. Jadi apa akan terjadi kalau kita tidak memberi sokongan untuk kaum kita sendiri.” – Kula Segaran.

Dari 14 pusat daerah mengundi di PRK Rantau, Pakatan Harapan cuma memenangi satu sahaja, manakala 13 yang lain dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Tok Mat. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email

Discover more from Buletin TTKM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading