Utusan dan Kosmo mungkin ‘bungkus’ rabu ini.

PETALING JAYA 19 Ogos: Surat khabar tertua di negara mungkin akan ditutup pada rabu ini selepas mengalami masalah kewangan yang tidak menentu.

Semua terbitan dibawah Kumpulan Utusan termasuk Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo!, and Kosmo! Ahad akan menghentikan semua penerbitan cetak dan atas talian.

Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan, Taufek Razak berkata pengerusi eksekutif Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir  mengaku bahawa syarikat tersebut kini tidak mempunyai wang.

 

“Kami diberitahu bahawa syarikat tidak lagi mempunyai wang untuk membayar gaji pekerja atau mengoperasikan syarikat “ – Taufek. 

Keputusan tersebut dibuat oleh lembaga pengarah pada mesyuarat yang diadakan sebelum itu dan sumber mengatakan penutupan akan dimuktamadkan sebaik sahaja kumpulan itu dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia.

Kumpulan Utusan tidak membayar gaji pekerjanya sejak Jun. Malah, sebelum ini syarikat tersebut berulang kali membayar lambat gaji pekerjanya.

Video ehsan KiniTV:

Nasib Utusan berubah selepas Umno dan BN kecundang dalam pilihan raya umum lalu di tangan Pakatan Harapan dan kerajaan baru bertindak membekukan akaun parti tersebut sebagai sebahagian dari siasatan SRPM berhubung dana 1MDB.

Setakat laporan ini ditulis, Kumpulan Utusan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan status operasi mereka. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version