Kenyataan media Persatuan Pelajar AATC
Pada 28 Ogos 2019, YB Kulasegaran telah mempengerusikan Mesyuarat Rundingan antara pihak pengurusan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) dengan Allied Aeronautics Training Centre Student Union (AATCSU). Pihak AATCSU diwakili oleh 22 wakil AACTSU dan 4 orang wakil ibu bapa.

Penasihat AATCSU iaitu Sharan Raj (merangkap AJK Pusat PSM) telah menunggu di luar bilik mesyuarat.

Pihak pengurusan AATC telah meletakkan prasyarat bahawa penasihat AATCSU tidak boleh menghadiri mesyuarat tersebut.

Sharan Raj telah menerima syarat tersebut tetapi meminta agar ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam mesyuarat.
Hasil mesyuarat tersebut adalah;
1. Pihak AATC akan MEMBATALKAN surat buang kepada Pengerusi & Setiausaha AATCSU serta-merta dan MEMBENARKAN mereka menyambung pengajian seperti biasa.
2. Pinjaman pendidikan daripada PTPK akan diusahakan dalam masa terdekat untuk pelajar AATC.

AATCSU telah meminta pihak Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bekas pelajar AATC yang telah “drop-out” kerana tidak mampu bayar untuk menyambung semula pengajian mereka di AATC.
AATCSU berterima kasih kepada YB Kulasegaran kerana sudi terlibat dan menyelesaikan isu pelajar.
AATCSU juga berterima kasih kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana sudi menasihat dan membantu dalam isu pembiayaan.
AACTSU juga berterima kasih kepada gerakan mahasiswa/i dan rakyat Malaysia yang bersolidariti dan menyokong isu pembiayaan AATC.
Dikeluarkan;
Allied Aeronautics Training Centre Student Union (AACTSU)
28 Ogos 2019