Datin tampar pengawal keselamatan tampil ceritakan hal sebenar.

Kuala Lumpur 30 Ogos: Datin yang menampar seorang pengawal keselamatan dalam satu video yang tular semalam tampil menceritakan sebab mengapa beliau bertindak sedemikian.

Melalui akaun facebooknya , Datin Sharina Jamal t yang menamakan dirinya sebagai Kak Syena mendakwa tindakan menampar itu dilakukannya kerana pengawal keselamatan itu bersikap biadap terhadap seorang penghantar makanan perempuan melayu yang mahu menghantar pesanan makanan yang dilakukan oleh datin terbabit.

Sharina Jamal menaikkan tiga hantaran menerangkan hal tersebut.

Hantaran Pertama:

Hi, follower kak Syena..korang mesti dah Malkin pasal berita viral “Datin tampar security “.

Untuk makluman semua cerita Yang viral ITU hanya sebelah punya kenyataan.Kak syena tampil buat kenyataan dimana kak Syena tampar dia buat sebab kak syena acah acah DIVA ye TETAPI kerana pengawal keselamatan ITU BIADAP.

Kenapa kak syena Kata dia BIADAP sebab dia aniaya adik rider(food panda) PEREMPUAN sehingga dia menangis teruk

.Allahu kak Syena Bukan sejenis manusia yg BARAN. Yang mengenali kak syena tau kak syena macam mana.Kak syena Masih WARAS ye,mana mungkin nak sepak muka orang tanpa sebab.

Untuk pengetahuan korang akak turun n pick up makanan tu pukul 3 pagi. Sebelum akak turun ke bawah memang akak ada suruh rider yu mintak izin kalau dia boleh naik atas,  TETAPI dia telefon akak kembali kata guard tak bagi masuk. Akak ni yam tidur, kesian tinggal dia, tapi kak Syena turun kerana kesian rider Tu dah kena marah.

Bilamana kak syena dah turun ke bawah, kak syena terkejut tengok adik tu menangis teresak-esak sambil bercakap “saya tak pernah dihina macam ni akak”.Kak Syena pun tanyalah kenapa teruk sangat awak nangis ni.

Dia pun cakapla “guard NEPAL ni suruh rider parking dekat blok A. Jalan kaki pergi hantar ke Block D” dan macam-macam la. Eh, panasla Kak Syena. Dan kak Syena cakap elok-elok dengan guard tu tapi dia yg KURANG AJAR sangat lalu Kak Syena lempang la dia. Bayangkan kalau benda pada adik,kakak,makcik atau seangkatan awak, APA awak Rasa?

Simple, treats people nicely people will treat u better.

So kesimpulannya, bila akak jadi viral dan dengan sumpahan korang akak jadi lagi kuat. Berita pasal akak di tarik balik BUKAN SEBAB KABEL tetapi mereka DAH tahu CERITA YANG SEBENAR. PIHAK Guard Dan Pengurusan Kondo pun dah setuju untuk mendalami kes ini.

Akak ni perempuan,takkan suka suka nak tampar orang.

Hantaran kedua:

Saya bukan marah sebab kena turun. Sebab masa saya turun tu, nak marah siapa, guard pun tak ada.

Tapi saya sampai lobi, saya nampak adik rider tengah menangis. Bukan menangis sesikit. Ni menangis sampai teresak-esak Saya pegi dekat dia terus dan tanya kenaap menangis. Dia cerita apa dari sorang guard ke sorang guard dan ke guard yg lain buat kat dia.

Siap tengking-tengking dia lagi. Tu belum suruh dia jalan kaki jarak 4 block park motor untuk hantar makanan. Panjang lagi cerita. Saya pun tak gila nak lempang orang kalau tak kurang ajar.

Bayangkan budak perempuan rider tu adik korang ke, sepupu korang ke yg kena dengan guard Nepal kurang ajar tengking-tengking. Sini ada services lift dulu yg boleh guna dari 6pg sampai 6ptg.

Khas untuk delivery barang-barang yang resident order. Sekarang tiba2-tiba dah jadi tak boleh. Beli barangg tesco online menyusahkan kita nak angkut ke atas. Belum bab parcel delivery. Semua haru biru. Sistem apa tak tau diaorang nak guna.

SAYA MARAH BUKAN PASAL KENA TURUN. TAPI SAYA MARAH BUDAK PEREMPUAN MELAYU SANGGUP CARI REZEKI KEJE JADI RIDER TAPI KENA BULI DENGAN SECURITY GUARD BANGSA ASING. ADA LAGI BEBERAPA AYAT YG SANGAT KURANG AJAR KELUAR DARI MULUT GUARD YG SAYA LEMPANG TU. TAKPE. TUNGGU SAYA DAN ADIK RIDER TU KELUARKAN DALAM PAPER.

Yang tak tahu cerita sebenar, bukan main sedap ingat saya marah pasal kena turun. Tak mati pun kalau kena turun. Saya cukup sifat lagi nak bergerak berjalan. Saya marah sebab maruah seorang perempuan melayu dipermainkan. Saya suruh dia mintak maaf pun boleh gelak-gelak. Ingat benda kelakar?

Ramai dah rider kat sini jadi mangsa kena marah pasal sikap guard. Semalam saya stand bersuara sebab selagi seorang tak berani, security guard kat sini nada suara dia orang lagi tinggi dari kita yg bertanya elok-elok.

Saya bukan sehari duduk sini. Kalau betul saya bermasalah, buktikan kalau sebelum ni mana-mana security guard di Block D kena marah dengan saya. Saya hilang sabar sebab air mata seorang adik perempuan yang cari rezeki jadi rider tapi orang luar boleh hina dan pandang rendah.

KORANG BOLEH VIRAL CERITA NIE MACAM MANA KORANG VIRAL.CERITA SEBELAH PIHAK. ADIK RIDER SAKSI. ALLAH SAKSI.

Hantaran ketiga:

Saya duduk kat loby satu jam bercakap dengan Supervisor.

Bukan saya tiba-tiba lempang dia. Selepas sejam itupun lepas saya suruh dia mintak maaf pada adik rider tu dia boleh gelak2-gelak macam kelakar.
Apa tak faham bahasa. Ada beberapa orang Guard yg tolong alih bahasa kot kata dia tak faham. Dan saya bukan lempang dia kuat sampai cedera. Tinggal bekas pun sesilap tak ada sebab saya bukan jenis pemarah atau banyak cakap.

Saya di FB ni pun dari dulu followers saya kenal sifat dan sikap saya macam mana. For now. Saya biarlah orang nak bercakap apa. Banyak cerita tak betul. Saksi adik rider tu cerita sebenar. Setiap kata-kata yang komen dan menulis tanpa tahu cerita sebenar saya anggap ‘ tak nampak’ .

Saya pun malas nak explain lelebih.

Bukan saya sorang je kot ada pengalaman sikap warga asing walau bukan semua tapi kalau yang kat sini, company ni baru sebulan tukar security.

Sebelum ni warga asing Nepal jaga. Sangat bagus dan penuh adab. Semua Resident suka.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.