Tindakan tidak benarkan abu may@t Chin Peng dibawa pulang adalah betul – Tun M

(Kerana ramai rakyat Malaysia yang mudah lupa, kami terbitkan kembali artikel Tun Dr Mahathir berkenaan Chin Peng. Ini merupakan  terjemahan artikel asal  dalam Bahasa Inggeris seperti yang disiarkan oleh NST pada 1 Oktober 2013. Versi atas talian boleh diakses di blog Tun Dr Mahathir di sini: )

CHIN PENG

Oleh : Tun Dr Mahathir.

  1. Percubaan untuk mengisytiharkan Chin Peng seorang pejuang patriot, nasionalis dan kebebasan mencerminkan betapa jauh terpesongnya pemahaman segelintir rakyat Malaysia berkenaan apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan apakah objektif sebenarnya.
  2. Pertama, perlu ditegaskan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) telah terus mengg@nas lama selepas Malaya dan kemudian Malaysia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957.
  3. Dalam pemberont@kan mereka terhadap kerajaan negara Malaysia yang merdeka, PKM membun0h ribuan orang awam dan anggota keselamatan tanpa mengambil kira peranan mereka sebagai pembela kemerdekaan atau rakyat biasa yang tidak bersalah. Pegawai polis kanan telah dibun0h dan patrol polis diser@ng hend@p.
  4. Rakyat negara yang bebas tidak membun0h sesama warganegara yang hanya melakukan tugasnya memberikan keselamatan kepada warga lain yang hanya mahu mencari rezeki untuk kehidupan.Tetapi PKM mengabaikan kemerdekaan negara dan hak demokrasi rakyat semata-mata untuk mengejar cita-cita mereka untuk mewujudkan kediktatoran Komunis di Malaysia. PKM bersedia menggunakan keganas@n yang melampau untuk mengangkat pemimpinnya Chin Peng, sebagai pemerintah kuku besi negara.
  5. Yang lebih mengerikan, banyak kekej@man dan mutil@si yang dilakukan oleh Chin Peng dan PKM bukan hanya terhadap askar tetapi ramai orang awam menjadi mangs@ mereka.
  6.  Rekod kerajaan menunjukkan bahawa PKM menyusun langkah menyusup dalam kesatuan sekerja dan parti politik supaya dapat menjejaskan kestabilan negara dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih.
  7. Pada Pilihan Raya Umum 1969, PKM tidak menghiraukan Kerajaan dan mengadakan perarakan may@t untuk membangkitkan kebencian terhadap parti Perikatan. Ini menyumbang kepada ketegangan antara kaum dan rusuh@n kaum.
  8. Sehingga perjanjian Haadyai pada tahun 1990, gerila PKM telah memasang jerangkap samar yang menyebabkan banyak anggota polis dan tentera kehilangan kaki, lengan dan penglihatan mereka. Ramai anggota telah terbun0h.
  9. Perjanjian tersebut adalah untuk menghentikan pembun0han anggota pasukan keselamatan negara walaupun tidak ada lagi kemungkinan bahawa PKM akan dapat merampas kuasa di Malaysia. Perjanjian yang disediakan adalah bertujuan supaya pember0ntak PKM meletakkan senjata. Ramai pember0ntak PKM memilih untuk tinggal di Thailand. Beberapa yang ingin melawat saudara-mara di Malaysia dibenarkan berbuat demikian. Mereka yang mengaku bahawa mereka telah dipaksa atau dikelirukan untuk menyertai PKM dan berharap untuk tinggal di negara ini, dibenarkan berbuat demikian. Perjanjian itu merupakan penyelesaian praktikal terhadap masalah yang dihadapi oleh negara dan merupakan penyelesaian untuk PKM yang telah kehilangan semua sokongan di Malaysia berikutan kempen Kerajaan untuk memenangi hati dan minda rakyat.
  10. PKM tidak akan menandatangani perjanjian tersebut jika masih mempunyai sokongan yang besar dari rakyat Malaysia. Perlu diakui bahawa beberapa kumpulan ekstremis di negara ini masih menyimpan harapan supaya Malaysia diperintah komunis (PKM). Selain itu, selepas lawatan Tun Razak ke China pada tahun 1974, Kerajaan China telah menghentikan sokongan kepada PKM. Ia menghentikan siaran radio untuk menyokong PKM pada tahun itu. Negara menyambut penghapusan sokongan China kepada PKM dengan memberikan parti BN majoriti besar dalam pilihan raya 1974.
  11. Segala fakta di atas menunjukkan bahawa sejak dari awal, perang yang dilancarkan oleh Chin Peng dan PKM adalah dengan matlamat untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah negara pimpinan kuku besi dengan pemimpin PKM sebagai diktator. Mereka tidak ada hasrat untuk memberi rakyat hak untuk memilih Kerajaan. PKM ingin menukar pemerintahan British Kolonial dengan pemerintahan diktator komunis dan bukannya sebuah negara yang merdeka.
  12. Adalah penting untuk diingat bahawa Chin Peng tidak pernah berusaha untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu, beliau telah melupuskan semua hak sebagai warganegara Malaysia. Namun begitu, kemungkinan para pendukung dan penyokong berhaluan kirinya akan berhimpun di tempat pengebumiannya sebagai simbol untuk kebangkitan semula PKM di Malaysia. Hubungan kaum sedia ada di Malaysia telah merosot. Dengan Chin Peng sebagai simbol, kemungkinan besar hubungan kaum mungkin meletus dalam keganasan.
  13. Tindakan Kerajaan untuk tidak membenarkan pengebumian Chin Peng di Malaysia atau membawa abunya kembali adalah tindakan yang betul.

DR. MAHATHIR MOHAMED
2 Oktober 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.