Undi18: “Saya arah peguam hantar surat tuntutan kepada Buletin TTKM” – Dr Kamarul

Kuala Lumpur, 29 Mac: Pemerhati politik, Dr Kamarul Yusoff berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Buletin TTKM atas laporan bertajuk “Undi18 tak perlu pinda perlembagaan negeri: Najib dan Saddiq sanggah ‘propaganda’ Dr Kamarul” yang disiarkan Buletin TTKM semalam.

Menurut Dr Kamarul, tiada di mana-mana tempat di dalam tulisan beliau yang bertajuk “Isu Undi18: Pakatan Harapan Umpama “Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi”” yang disiarkan pada 26 Mac 2021 yang mengandungi kenyataan bahawa “perlembagaan negeri perlu dipinda untuk menurunkan umur pengundi dari 21 tahun ke 18 tahun” seperti didakwa oleh Dato Seri Najib atau bahawa “Penurunan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun PERLUKAN kelulusan DUN Negeri” seperti didakwa oleh Syed Saddiq.


Tambahnya lagi, isu sebenar yang ditimbulkan di dalam tulisannya ialah mengenai sikap tidak konsisten pemimpin Pakatan Harapan yang menerima satu aspek skop Undi18 tetapi menolak atau belum memutuskan menerima atau menolak aspek lain.


“Tindakan pihak-pihak yang menghentam saya kerana kononnya menyebarkan propaganda palsu untuk memperbodohkan orang ramai adalah satu fitnah jahat ke atas diri saya.” – Dr Kamarul Yusoff.

Grafik dari Dr Kamarul menyatakan “Penurunan Had Umur Mengundi” dan “Calon Pilihanraya kepada 18 tahun

Sementara itu, editor Buletin TTKM menghubungi Dr Kamarul melalui aplikasi Whatsapp bagi mengesahkan bahagian mana yang difikirkan beliau adalah tidak betul di dalam laporan berita.

Ini kerana laporan yang disertakan adalah merupakan kenyataan dari Datuk Seri Najib dan Syed Saddiq yang boleh diakses di sini:

Najib Razak : https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157789934255952/

Syed Saddiq: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/photos/a.1130739937005031/3795422367203428/

Walaubagaimanapun, setakat ini, tiada jawapan dari pihak beliau, cuma ‘blue tick’ sahaja.

Laporan penuh kami semalam: Undi18 tak perlu pinda perlembagaan negeri: Najib dan Saddiq sanggah ‘propaganda’ Dr Kamarul

Artikel penuh Dr Kamarul: ISU UNDI18: PH UMPAMA “KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI”

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.