Semboyan buat laporan polis terhadap Rizal, pengasas bersama Crackhouse

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia membuat laporan polis terhadap Rizal Van Geyzel, pengasas bersama Crackhouse Club House selain menggesa kelab tersebut ditutup.

Laporan itu yang dilihat Buletin TTKM dibuat berpandukan kepada “kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang dikeluarkan” oleh ahli komediri tersebut dalam dua video yang tular di media sosial.

“Di dalam video pertama yang berdurasi selama 1:12 minit semasa memakai t-shirt berwarna putih, beliau menyatakan dalam bahasa tamil (terjemahan berikut):

“Maafkan saya… ini adalah masa untuk kuota bumiputera.

Sekarang diminta semua untuk senyap.. hidup Melayu.

Tahu tak kenapa saya buat perembahan dalam bahasa tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu.

Sini OK je.. sebab mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Saya boleh buat persembahan dalam Bahasa Inggeris, tapi itupun mereka tidak boleh faham” 

Manakala dalam video yang kedua berdurasi 0:23 saat, laporan polis tersebut menyatakan :

“Semasa memakai jaket berwarna biru beliau menyatakan dalam bahasa inggeris:

“You know how my Dad is like you know he made it tough for me growing up, trying to be a good muslim in Malaysia because they will tell me in school you know alchohol is haram…

“One drop of alchohol is haram. And then i would come back and fins my dad drinking tiger beer inside the house youknow.

“And I’m like “Dad what are you doing they say one drop of alchohol is Haram.

He”ll say “Son, don’t worry. You take that one drop put it somewhere else then the rest we drink la” .

Tambah laporan polis itu, kenyataan-kenyataan tersebut memperlekeh dan mempersendakan agama islam serta bangsa melayu, menghina kaum melayu dan bumiputra serta boleh mengakibatkan perpecahan serta rusuhan kaum, tidak menghormati sensitiviti umat islam dan bangsa melayu di Malaysia serta menghasut kaum lain di Malaysia supaya membenci Islam dan bangsa Melayu. Selain itu, kata laporan itu,  ia juga bakal mengakibatkan kekeliruan seolah-olah menggambarkan arak tersebut boleh diminum selain daripada orang beragama bukan islam.

“Perbuatan tersebut juga menghina perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia” katanya.

Mengakhiri laporan tersebut, Semboyan menggesa pihak PDRM supaya mengambil tindakan segera ke atas Rizal dan/atau individu-individu lain sebagai dalang di sebalik perkara ini dan menutup terus restoran tersebut supaya dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaki dan tidak berulang hal yang sama pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi menggesa pihak berkuasa menutup terus kelab Crackhouse Comedy yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.

Katanya, tindakan itu perlu diambil supaya menjadi iktibar kepada pemilik kelab-kelab komedi di seluruh negara agar lebih sensitif terhadap kerharmonian agama dan bangsa dalam berjenaka.

Menurutnya, gesaan itu dibuat bukan berdasarkan satu video yang tular melibatkan seorang pelawak wanita yang membuka baju dalam persembahannya malah pemilik kelab tersebu yang dikenali sebagai Rizal didakwa telah berulang kali memuat naik kandungan video jelik yang menghina dan menyindir komuniti di Malaysia.

“Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup.

“Bila ditutup, ianya menjadi iktibar kepada semua pemilik kelab ‘stand up comedy’ supaya perkara begini tidak berlaku lagi,” katanya

Turut hadir, pengarah filem, Syamsul Yusof; pelawak, Shahrol Azizie Azmi Yusuf Azmi atau Sharol Shiro dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia sekitar jam 5 petang di IPD Brickfields semalam untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab tersebut.

Mengulas lanjut Yusuf Azmi menegaskan, seandainya premis itu dibenarkan untuk terus beroperasi, pihaknya akan mengadakan mogok di hadapan kelab tersebut sehingga ia ditutup.

“Kalau kelab itu dibuka semula kita akan buat mogok di hadapan kedai sehingga ianya ditutup. Kita buat ini demi agama, kita bukan handak pecahkan kedai itu, kita juga akan duduk mogok untuk menyatakan ketidkapuasan puasan hati.

“Kita orang Islam ini banyak berbudi bicara kita tak suka bergaduh, kita tak suka berbahas. Tetapi, janganlah pijak kepala kita,” ujarnya.

Sementara itu, akaun Tik Tok dan Instagram Rizal kini tidak dapat diakses oleh orang awam kerana ditetapkan pada  “private”.

 

-Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.