“Tahniah, we will be watching you” – FB TTKM kepada Anwar

KENYATAAN MEDIA TTKM
19 November 2022 rakyat Malaysia memilih buat kali ke-15.
Pilihanraya yang penting untuk memulangkan kembali mandat kepada rakyat setelah beberapa episod penc4bulan dan pel4curan demokrasi yang mengkhianati aspirasi rakyat Malaysia yang berlaku sebelumnya.
Dua kali Kerajaan Persekutuan tumbang, lima kerajaan negeri terbubar di Kedah, Sabah dan Johor termasuk dua kali di Perak dan Melaka dek gerakan katak – katak dan pel4cur politik yang gil4kan jawatan dan kuasa.
Namun semua ini telah dinokhtahkan pada PRU15. Katak – katak dan pel4cur politik ini sudah ditunjuk jalan keluar oleh rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah diperkasa dengan Pindaan Larangan Bertukar Parti dan telah dikuatkuasa.
PRU15 ini menyaksikan pertama kali diperkenalkan undi18 dan undi automatik yang menyuburkan lagi penglibatan demokrasi ke segenap lapisan rakyat Malaysia.
PRU15 kali ini juga memperlihatkan konsep Kerajaan Perpaduan boleh terjelma kali pertama dalam sejarah politik Malaysia diatas kesepakatan gabungan parti politik yang sanggup mengetepikan ideologi masing – masing demi mengangkat kestabilan negara.
PRU15 juga membenarkan pepatah yang mengatakan “Dimana Ada Usaha Di Situ Ada Jalan” atau “Man Jadda Wa Jada” atau “When There is a Will There is a Way” boleh terlaksana.
Tahniah Saudara Anwar Ibrahim kerana diberi peluang dan kepercayaan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
100 hari pertama harus menjadi cabaran untuk membuktikan penantian 24 tahun anda itu berbaloi untuk rakyat Malaysia.
Kabinet dibentuk harus mencerminkan agenda perubahan yang selalu dicanangkan bukan lagi lantikan menteri roti john, menteri main golf dalam pejabat dan menteri 30 ringek.
“Perjuangan itu adalah perlaksanaan kata – kata”
Tak laksana kata – kata, anda umpama tiada beza dengan sebelumnya dan tunggulah akibatnya.
We will be watching you.
TENTERA TROLL KEBANGSAAN MALAYSIA
Jumaat 25 November 2022, Putarjaya



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version