PH Perak bergolak: Kemelut speaker , calon PKR, Siti Aisyah tarik diri kerana tekanan DAP

IPOH : DAP sudah menunjukkan belangnya, manakala Amanah mengekor dibelakang.

Itulah yang berlaku pagi tadi apabila calon speaker DUN Perak, Siti Aisyah menarik diri dari pencalonan speaker DUN Perak oleh kerana tekanan dari DAP serta Amanah yang mahukan Dato Ngeh sebagai calon speaker mereka. Dalam satu status di facebook beliau yang telah dipadamkan (status tersebut sempat ditangkap layar), Siti menulis panjang lebar mengenai bagaimana peristiwa beliau menarik diri itu berlaku.

This slideshow requires JavaScript.

Menurut Siti, DAP dan Amanah mencalonkan Dato Ngeh dan meminta beliau tarik diri walaupun DAP memiliki bilangan exco yang ramai dalam kerajaan Perak iaitu seramai 5 orang.

Beliau turut menyatakan kekesalan diatas sikap mereka yang “angkuh tetap angkuh”.

Selain itu, Siti juga mendakwa Ngeh telah muncul tanpa diundang di kediaman MB dan menekan beliau supaya menarik diri. Tidak cukup dengan itu, Siti berkata “rombongan DAP yang diketuai Nga mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar DSAI bersetuju DAP” diberi jawatan tersebut.

(Sebentar tadi, DUN Perak setelah berlaku kekecohan mengenai nama calon speaker, akhirnya  mengesahkan Dato Ngeh sebagai speaker yang baru.)

36511071_1750739338313596_8530106651049459712_o.jpg
Ngeh angkat sumpah sebagai Speaker DUN Perak – Gambar Bernama

Pengkritik menyatakan tindakan melantik Dato Ngeh membuktikan peranan DAP  dalam percaturan kuasa  dalam Pakatan Harapan selain mengesahkan sikap tamak dan haloba mereka.

Menurut satu sumber yang enggan dinyatakan, perlantikan Dato Ngeh juga akan berlaku pertindihan tugas.

“Dato Ngeh merupakan ahli parlimen Beruas, dan  bagaimanakah beliau boleh memainkan peranan sebagai wakil rakyat parlimen dan speaker DUN Perak jika parlimen dan DUN bersidang pada masa yang sama? ”

36612589_10155741968529010_5935391550325391360_n.jpg
Siti menandatangani surat – Sumber Facebook Siti

Berikut merupakan status penuh Siti: -TTKM-

Dengan lafaz bismillah… saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini.

Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.

Ini kerana dap turut menghantar nama dan menamakan dato ngeh sebagai calon mewakili dap.

Pelbagai hujah diberikan kepada dap untuk memberikan laluan kepada keadilan memandangkan exco kerajaan negeri telah dimiliki oleh dap sebanyak 5 posisi.

Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin dap tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam. Sehinggalah saya diminta menarik diri dari pencalonan ini maka dengan berat hati saya penuhi.

Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya kerana sikap tamak haloba kita dalam kedudukan, kuasa dan nama rakyat menjadi mangsa.

○Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan namun yang angkuh tetap angkuh.

○Bagaimana saya menerima tekanan dari Ds Nizar yang menyuruh saya menarik diri dari pencalonan dan menyatakan sokongan kepada dato ngeh.

○Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar DSAI bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama adun dihadiri oleh dato Ngeh tanpa diundang.

Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir,kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.)

Di akhirnya Amanah menyatakan sokongan dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker. Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini,saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.

Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.

Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya.kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.

Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat.saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah swt.

-SASI-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.